Photobucket

About Us , PELANGINATURE

Photobucket

Hi, we are PELANGINATURE

consist of 4 girls.

1) Ainna
2) Iylda Syahranie
3) Nur Amira Najiha
4) Nur Amirah Hanim


we are participating in making blog to SAVE ORANGUTAN. when tv9 came to our school SMK TAMAN MELATI , they promote about saving the orangutan sponsored by BOH, TV9 and WWF. we took their challenge by creating a blog and here we are! ;D

p/s : this is a bilingual blog (malay n english)

PELANGINATURE CREWS
aina , mj , mira , ida

Photobucket

Tuesday, August 18, 2009


JOM BERCERITA TENTANG ORANG UTAN
Hi kawan-kawan sekalian! Pernahkah kamu melihat orang utan yang sebenar atau hanya setakat televisyen dan di buku-buku ilmiah? Tahukah kamu orang utan utan adalah spesies yang selalu menghabiskan masa mereka di atas pokok? Mereka sentiasa mengisi masa senggang mereka dengan bergayut-gayut di dahan pokok dan mencari makanan seperti buah-buahan. Orang utan hanya boleh dijumpai di dua negara iaitu Pulau Borneo dan Sumatera, Indonesia.
Mereka juga dikenali sebagai primat dan populasinya kini hanya lebih kurang 30 000 di dunia dan info ini diambil pada 10 tahun yang lalu. Dapatkah Kamu bayangkan populasi orang utan yang tinggal kini?
________________________________________________________

PUNCA-PUNCA KEPUPUSAN HABITAT ORANGUTAN


Populasi orang utan yang turun dengan mendadak ini bukanlah kerana kepupusan semulajadi tetapi disebabkan oleh kemusnahan habitat mereka. Punca utama kepupusan habitat mereka ialah :


1) pembalakan perdagangan

2) pertanian agrikultur

3)perubahan kepada penanaman pokok


Disebabkan oleh akitiviti-aktiviti yang telah dinyatakan di atas , orang utan ini kehilangan habitat mereka sekali gus punca makanan mereka. Orang utan selalunya dibunuh untuk daging mereka. Kebanyakan orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Ini adalah kerana terdapat sesetengah manusia sangat suka akan daging binatang eksotik seperti orang utan.
Tidakkah anda rasa ini adalah satu tindakan yang bodoh?
Orang utan mempunyai bergerak degan perlahan dan ini memudahkan bagi pemburu haram untuk menangkap dan membunuh mereka. Perbuatan yang paling tidak boleh dimaafkan adalah apabila mereka memisahkan bayi orang utan dengan ibunya untuk dijual ke Zoo dan ibunya dibunuh untuk mendapatkan anggota badan mereka. Bukan itu sahaja, sebahagian daripada orang utan bertukar daripada liar menjadi haiwan jinak untuk tujuan hiburan supaya manusia mendapat keuntungan. Mereka dipakaikan pakaian yang menggelikan hati dan dilatih untuk membuat pelbagai aksi-aksi manakala haiwan yang lain hidup bebas di hutan. Perkara ini semue terjadi kerana duit dan hiburan semata mata.
__________________________________________________

CARA-CARA UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ORANG UTAN


- mengharamkan pengeksportan bahagian-bahagian badan haiwan dan mempertinggikan usaha untuk menangkap para penyeludup -spesies haiwan berharga seperti orang utan. antara bahagian yang sering dijual ialah kulit, bulu, dan banyak lagi.

-memberi kesedaran kepada penduduk awam mengenai orang utan.
-dengan ini. masyarakat akan menyedari betapa pentingnya orang utan kepada kita kerana setiap haiwan adalah sangat istimewa.

-derma pada pihak berwajib
-terdapat banyak pihak dari seluruh negara menyokong pemeliharaan dan berharap akan perkembangan bilangan orang utan.


-pihak penderma ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:


- organisasi lobby

- misalnya World wide fund (wwf).
mereka menggunakan pungutan derma yang diperoleh untuk memberitahu kepada pihak berkuasa tempat yang patut di ambil tindakan di mana kawasan orang utan paling terancam -


organisasi pemeliharaan

-contoh mudah ialah zoo.
organisasi jenis ini terdiri daripada pelbagai jenis badan yang menumpukan kepada pelbagai aspek untuk memastikan populasi orang utan semakin meningkat dan bukannya semakin pupus.

0 comments: